Friday, February 20, 2009

Mesyuarat Pertama Bersama Badan Kerohanian UTM

Alhamdulillah, mesyuarat pertama antara Jabatan Kerohanian dan Sosial (JAKERS) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan badan-badan kerohanian sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan pada malam tadi (19/02/09).

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 malam itu dihadiri oleh Presiden persatuan agama, ketua-ketua Biro Kerohanian JKM, dan ketua-ketua kelab berorientasikan kerohanian setiap kolej. Turut hadir ialah Ketua Jabatan Kaunseling, Kerjaya, dan Keusahawanan MPP, saudara Mohd Taufek. Walaupun terdapat beberapa orang presiden persatuan agama tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut, sesi perbincangan semasa mesyuarat mendapat respon yang agak baik daripada ahli mesyuarat yang lain.

Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai Visi dan Misi MPP UTM 08/09, pengenalan JAKERS, dan penerangan mengenai aktiviti setahun JAKERS. Pembentangan aktiviti dimulakan dengan Kempen Mahasiswa Sedar 2009 (MAHAR '09) yang bakal dilancarkan pada 26 Februari 2009 di Masjid Sultan Ismail, UTM. Selain itu, turut diterangkan ialah aktiviti Operasi Cegah dan Rawat (OSCAR), Simposium Islam Cara Hidupku (ISLAH '09) dan Interfaith Dialogue.

Pertukaran pendapat dan percambahan idea antara ahli mesyuarat sepanjang sesi perbincangan dua hala amat dihargai. Pihak JAKERS mengharapkan agar semua badan kerohanian UTM akan memberi kerjasama kepada MPP dalam segala gerak kerja pada masa akan datang.

Exemplary, Energetic, Action-Oriented

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template