Friday, June 11, 2010

Berpindah ke 'rumah' baru


Blog rasmi Jabatan Kerohanian dan Integrasi Sosial (JAKERIS) MPM UTM telah pun berpindah ke link ini. Mai singgah! Baca Lagi...

Sunday, April 4, 2010

Ma'at Taufik Binnajah


Good luck for the finals!

"Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad,
bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal kepadaNya"
[Al-Imran:159]
Baca Lagi...

Thursday, April 1, 2010

Laporan Bulanan JAKERIS

1 Mac 2010
Pertemuan JAKERIS dengan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohd Ismail bin Mustari yang dihadiri oleh Anis Wahab, Pengerusi JAKERIS, Khairina 'Izzati binti Amir Hussain, Setiausaha JAKERIS dan Fadzli bin Ismail, exco JAKERIS. Ustaz Ismail telah menyatakan harapannya terhadap JAKERIS untuk membawa agenda Pusat Islam untuk menyatukan semua badan kerohanian di UTM serta memperkasakan program kerohanian.


5 Mac 2010
Mesyuarat pertama JAKERIS. Membincangkan isu-isu semasa serta membentangkan pertemuan bersama Timbalan Pengarah Pusat Islam. Membincangkan program yang bakal dijalankan di bawah JAKERIS iaitu 1 program besar dan 1 program kecil. Merangka perancangan untuk memperkasakan persatuan Islam di UTM serta mewujudkan bi'ah soleh.


9 Mac 2010
Perjumpaan JAKERIS bersama persatuan-persatuan Islam, Biro Kerohanian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan kelab kerohanian kolej. Membentangkan pembawakan JAKERIS, harapan Pusat Islam dan Fakulti Tamadun Islam. Membentangkan cadangan penubuhan Sekretariat Islam. Memohon kerjasama biro dan kelab kerohanian dan persatuan islam bersama-sama JAKERIS menggerakkan program. Para hadirin membangkitkan isu-isu yang timbul di kolej masing-masing.


10 Mac 2010
Watikah perlantikan MPM


15 Mac 2010
Menghadiri mesyuarat MPM kali kedua di pejabat MPM. Membincangkan tentang program terdekat iaitu Seminar Model Ekonomi Baru


17 Mac 2010
Berjumpa dengan Professor Madya Dr. Hussin Salamon, Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM bagi mendapat penjelasan lanjut dan pandangan beliau berkenaan isu Forex Trading di UTM. Seterusnya, perbincangan diteruskan bersama Dr. Ismail Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (PIUTM) sebelum berbincang pula dengan Ustaz Mohd Nasir Masroom, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM. Sesi perbincangan diteruskan dengan mesyuarat antara JAKERIS, wakil-wakil MPP, dan beberapa orang mahasiswa yang prihatin bersama Presiden MPMUTM serta SUA MPMUTM.


22 Mac 2010
Pertemuan antara ahli JAKERIS untuk membincangkan program jabatan iaitu Comparative Religion Symposium dan Kempen Seindah Akhlak Untuk Remaja (SAKURA)

Menghadiri mesyuarat MPPK kali pertama bersama semua MPM dan pemimpin JKM. Sesi pengenalan MPM dan MPPK. Sesi soal jawab bersama JKM.


23 Mac 2010
Berjumpa dengan Ustaz Faiz di Pusat Islam untuk menyerahkan kertas kerja Comparative Religion Symposium kepada Ustaz Ismail Mustari untuk disemak dan memberikan nasihat serta pandangan.


31 Mac 2010
Perbincangan antara ahli JAKERIS untuk merangka organisasi program-program di bawah jabatan. Mencadangkan agar setiap sub-program dipertanggungjawab kepada persatuan-persatuan Islam untuk membentuk suatu usahasama dalam menjalankan program Islam.


1 April 2010
Mesyuarat JAKERIS untuk menyelaraskan kertas kerja Sekretariat Islam dan SAKURA. Membincangkan masalah-masalah yang dihadapi untuk melaksanakan SAKURA, diantaranya, semua ahli JAKERIS akan LI pada cuti semester ini. Ini menyebabkan kesukaran untuk menjalankan gerak kerja.


2 April 2010
Mesyuarat antara JAKERIS bersama Sekretariat Islam untuk membahagikan tugas bagi program SAKURA dan Comparative Religion Symposium.


Lain-lain:

1. Menyiapkan kertas kerja program JAKERIS

2. Mewujudkan group JAKERIS di Facebook

Baca Lagi...

Wednesday, March 24, 2010

Pesta Konvo Ke-44



Baca Lagi...

Saturday, March 13, 2010

Kembara Ilmu 2010


Hubungi Ketua JAKERIS: Saudara Anis di 013-7034457
(Ada kesilapan pada no telefon dalam iklan, no yang sebenar adalah seperti di atas. Maaf atas segala kesulitan)
Baca Lagi...

Tuesday, February 9, 2010

MESRA '10

Sumber: PMI UTMAlign Center
Baca Lagi...

Monday, February 1, 2010

Hidup Indah Bersama Islam

Baca Lagi...

Monday, January 18, 2010

TM Hewi - Wanita: Antara Kaca, Permata atau Air Mata?

Semua mahasiswi UTM dijemput hadir

Baca Lagi...

Wednesday, January 13, 2010

Forum Jelas Isu: Kalimah ALLAH

Semua dijemput hadir
Baca Lagi...

Monday, January 4, 2010

Hijrah: Mencari Titik Mula

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana diberi lagi peluang untuk mengecapi nikmat untuk sekali lagi melihat saban tahun baru, yakni 2010 Masehi dan 1431 Hijrah. Saya juga bersyukur kerana masih dikekalkan oleh Allah dalam perjuangan ini untuk meneruskan usaha para nabi dan rasul dalam mengajak manusia mentauhidkan Allah dan meninggalkan taghut.

Setelah bertahun-tahun saya mencari ilmu di dada, masih belum cukup rasanya untuk diri ini mentarbiyahkan orang lain, malah diri sendiri juga masih banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi, konsep pencarian ilmu bukan sahaja bermula di sekolah atau di kampus, malah ianya perlu bermula dari kekuatan mata hati dan akal fikiran. Berpegang juga pada hadis Nabi SAW yang mafhumnya berbunyi, "Sampaikanlah kepadaku walau satu ayat" saya menggagahkan diri ini menulis sedikit pesanan buat diri saya yang kerdil ini dan sahabat sekalian.

Faktor kelulusan sekalung ijazah dari sebuah universiti di mana-mana sekalipun, bukanlah penentu kejayaan seseorang insan. Jika hendak dibandingkan khalifah zaman dahulu dengan pemimpin zaman sekarang, bezanya mereka dahulu tidak perlu mencari kedudukan melalui satu pengiktirafan dari mana-mana institusi dan golongan, cuma mereka hanya mencari keredhaan Allah SWT. Adakah kita berjaya mencari titik mula kepada proses pencarian itu?

Ya, benar sekali. Tidak kira samada ianya bermula pada tahun-tahun lepas, ataupun jika anda mahu memulakan sekarang, tidak akan memberikan apa-apa hasil sekiranya anda tidak menjumpai titik permulaan yang sebenar-benarnya. Titik permulaan yang diberikan oleh Pencipta kita iaitu Allah SWT, di mana setiap insan diberi peluang itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Titik yang diberi nama sebagai "kelahiran".

Setiap insan pernah melalui satu episod di dalam kehidupan di mana hampir kesemua mereka tidak dapat mengingati bagaimanakah episod itu berlaku di dalam kehidupan mereka. Episod itulah yang dinamakan sebagai, hari lahir ataupun hari dimana kita dilahirkan ke dunia. Jadi, setelah kita melalui pelbagai jenis kesan episod di dalam hidup kita bertahun-tahun selepas itu, adakah kita boleh menerima sekali lagi peluang untuk dilahirkan semula menjadi insan yang suci dan bersih? Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum selain dari para nabi dan rasul.

Jadi, saya berharap dan berdoa agar Allah SWT dapat menemukan saya dengan satu titik permulaan untuk mengubah nasib dan memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menghadapi dugaan di dunia supaya berjaya di akhirat kelak. Setiap diri kita adalah pemimpin, maka jadikanlah diri kita ini seorang pemimpin yang adil dan berdiri kukuh di atas landasan yang tepat, ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Saya dengan ini menyeru diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan sekalian agar dapat memilih jalan yang lebih baik dan lurus, semoga dapat berjaya menjauhkan diri dari segala perkara yang lagha seperti kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain. Bertepatan dengan suasana hangat kampus sekarang menjelangnya pilihan raya kampus, saya berharap mahasiswa dapat membuat pilihan yang tepat bagi memilih pemimpin yang mampu menerajui kepimpinan mahasiswa pada masa hadapan. Janganlah menjadikan pilihan raya kampus ini sebagai medan untuk kita saling bermusuh-musuhan dan keji menkeji. Ingatlah firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 11:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan itu, dan janganlah pula perempuan-perempuan mengolok-olokkan perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari perempuan yang mengolok-olokkan. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah fasik setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat maka dia tergolong dalam golongan yang zalim"

Oleh itu, marilah kita terus menerus menyokong dan mendokong konsep pembangunan ukhuwwah Islamiah yang mencana arus ketamadunan dan memperkayakan konsep persaudaraan sesama ummat. Sekian sahaja dari saya segala yang baik datang dari Allah Taala dan segala buruk itu jua datang dari Allah Taala tapi dizahirkan pada diri saya yang lemah ini. Sekian, terima kasih.

Nor Arizal Bin Ramli
Pengerusi,
Jabatan Kerohanian dan Sosial,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia.

Kunjungi blog: http://arizalramli.blogspot.com
Baca Lagi...

Saturday, November 14, 2009

Umrah Tarbawi dengan Penghayatan Asma' Ul Husna


Under 3i Travel & Services (Islam, Iman & Ihsan)

16 Mac- 3 April 2010 (16 hari)

Harga : RM 4290



Keistimewaan Pakej:

Pakej Ibadah PENUH PENGHAYATAN Insya'ALLAH akan memberi kesan mendalam kepada jemaah umrah & ziarah

PERKONGSIAN PENGALAMAN bersama mutawif berpengalaman yg Insya'ALLAH akan menjelmakan satu keinsafan berharga

HARGA ISTIMEWA dan sangat berpatutan

Tempat tinggal hampir dengan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram di Mekah

Jemaah akan diberi kursus intensif SEBELUM berangkat dan SEPANJANG di Tanah Suci


Pengisian Istimewa:

Solat sunat Tasbih setiap malam di hadapan Baitullah

Penghayatan Asma'ul Husna setiap hari bagi merenungi alam, diri, hakikat ihram, tawaf, sa'i dan aktiviti-aktiviti lain umrah

Merenungi dan menghayati perjuangan Rasululllah SAW dan para sahabat bagi meresapkan kembali roh perjuangan ke dalam jiwa

Proses latihan membersih hati dan melatih diri menghayati sifat-sifat mahmudah


Antara Tempat Lawatan:

Madinah: Maqam Rasulullah SAW & sahabat, Perkuburan Baqi', Masjid Quba', Masjid Kiblatain, Kilang Cetak al-Quran, Ladang Kurma

Mekah: Jabal Nur, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina, Ja'ranah, Hudaibiah,Ladang Unta,Muzium, Kilang Kelambu Ka'abah, Pasar Kibash


Berminat ?

Maklumat Tempahan sila hubungi :

Ustazah Nur Amirah hashim (0199476844)
Ustaz Azhar Mohamed' (0193301197)
Baca Lagi...

Thursday, October 29, 2009

Dosa Jual Beli Hari Jumaat

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma' di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w
(Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua
( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.


Sumber: www.zaruddin.net
Baca Lagi...

Monday, October 19, 2009

KEKASIH'09

Baca Lagi...

Wednesday, October 7, 2009

Insafi Diri, Ingati Mati

Klik imej untuk besarkan
Baca Lagi...

Friday, October 2, 2009

JKSK anjur Diskusi Iman

Semua dijemput hadir
Baca Lagi...

Wednesday, September 9, 2009

TM HEWI

Maklumat Lanjut di HEWI PMI UTM
Baca Lagi...

Saturday, September 5, 2009

Ceramah "Surat Cinta Dari Langit"




Semua dijemput hadir.
Sumber: Kelab Iqra' UTM
Baca Lagi...

Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa

Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa UTM

Tarikh : 30/8/2009
Masa : 6.00 petang
Tempat : Pusat Islam UTM
Tazkirah oleh : Ustaz Mohd Rifqi Maidin


Semua mahasiswa dijemput hadir
Baca Lagi...

Road Tour Tarawikh: Terkini

Salam Ramadhan. Untuk makluman warga kampus, penyampaian tazkirah di semua kolej yang disenaraikan dibatalkan. Akan tetapi, Road Tour Majlis Solat Tarawikh tetap dijalankan kerana fokus yang sebenar adalah untuk memasyarakatkan MPP UTM melalui solat tarawikh bersama-sama dengan warga kampus. Bersama-sama kita mengejar pahala ALLAH dengan melipatgandakan amalan di bulan yang mulia ini dan hilangkan segala prasangka. Wallahu'alam.
Baca Lagi...

Friday, August 28, 2009

Road Tour Majlis Solat Tarawikh bersama MPP UTM

Sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan Roud Tour Majlis Solat Tarawikh bersama MPP UTM di kolej-kolej sekitar UTM bermula pada 28 Ogos 2009. Wakil khas daripada MPP UTM akan menyampaikan tazkirah ringkas selepas rakaat ke-4 di kolej-kolej tersebut. Berikut merupakan jadual Road Tour Majlis Solat Tarawikh bersama MPP UTM sebagai makluman warga kampus.

Klik imej untuk besarkan
Baca Lagi...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template