1. Buku Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar UTM (sila klik)
2. Panduan Pembacaan Doa Dalam Majlis / Program*
Majlis / program yang BOLEH dilakukan pembacaan doa:
1. Majlis / program yang tidak mengandungi unsur-unsur kemungkaran seperti pembukaan sidang dewan perundangan, mesyuarat dan majlis angkat sumpah. Bacaan doa boleh diawalkan dan majlis juga boleh ditutup dengan doa.
2. Majlis / program sosial yang terdapat aturcara persembahan hiburan (dan kebudayaan) yang biasa**. Maka bacaan doa hendaklah diawalkan dan tidak perlu majlis ditutup dengan bacaan doa.
Majlis / program yang TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa:
1. Majlis / program yang tidak ada kaitan dengan upacara agama seperti perlumbaan kereta, motorsikal, bot laju, pertandingan golf dan pertunjukan sarkas.
2. Majis / program yang menyediakan makanan datau minuman yang diharamkan oleh Islam.
3. Pesta hiburan dan acara kebudayaan seperti tayangan filem perdana dan konsert nyayian dan tarian yang melalaikan.
4. Perayaan yang menonjolkan unsur-unsur kemungkaran, pendedahan aurat seperti ratu cantik, sukan wanita dan pertunjukan fesyen.
*Diadaptasi dari "Garis Panduan Pembacaan Doa" yang dikeluarkan olej Majlis Agama Islam Johor. Semak juga "Panduan Baca Doa" Drp JAKIM
3. Panduan Kegiatan Kesenian / Hiburan / Kebudayaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.
Keputusan muzakarah fatwa tersebut jelas menyatakan bahawa Islam tidak menghalang masyarakat daripada berhibur malah dalam beberapa keadaan ia sangat digalakkan. Jika dengan nyanyian ia boleh membangkitkan semangat untuk bergerak maju, berusaha, membentuk masyarakat maka ia bertepatan dengan seruan kebaikan yang sentiasa digalakkan . Walau bagaimanapun ia perlu menepati kriteria syarak yang mementingkan kesejahteraan masyarakat dan tidak menggalak kepada perpecahan dan penghinaan.
Hiburan yang dimahukan oleh Islam adalah hiburan yang berasaskan kepada penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Ia merangkumi kemajuan intelektual, akhlak dan pendidikan masyarakat. Keseimbangan inilah yang mesti diusahakan oleh golongan seniman dalam mencapai tuntutan dunia hiburan; iaitu membentuk masyarakat memiliki nilai-nilai murni, beragama dan berakhlak. Dengan demikian hiburan yang berteraskan agama dan nilai-nilai akhlak bukan menjadi bencana kepada masyarakat sebaliknya akan menjadi rahmat atas dasar jika mereka tahu memilih antara yang baik dengan yang buruk untuk disajikan kepada masyarakat.
Justeru kewajipan golongan seniman sekarang adalah sentiasa melakukan pengkajian, penelitian, kritikan dan penilaian semula terhadap hasil kerja seni mereka. Apa yang jelas, Islam mengingkari sikap orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif dalam kehidupan. wallahu a'lam.
4. Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM (1993)
1. Persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan.
2. Setiap persembanhan haruslah mempunyai sifat sederhana dari segi kebisingan, gaya persembahan dan (jika boleh) memasukkan unsure sains dan teknologi dalam persembahan.
3. Pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan.
4. Pemilihan irama muzik mestilah berirama lembut, kemelayuan dan memenuhi citarasa.
5. Setiap persembahan hendaklah tidak melanggar tatatertib, sentiasa bermoral tinggi dan tidak ada unsur-unsur khurafat yang bertentangan dengan Islam.
6. Setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam yang lain.
7. Tidak membenarkan kumpulan budaya luar dibawa masuk ke kampus kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.
8. Persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita sahaja.
9. Peraturan-peraturan lain yang ditetapkan dari masa ke semasa.
**Contoh program / aktiviti yang sesuai dengan panduan ini adalah seperti:
1. Tarian Kuda Kepang tanpa unsur tahyul & khurafat.
2. Dikir Barat yang membawa mesej nasihat.
3. Zapin yang ditarikan oleh lelaki.
4. Lagu yang berunsur nasihat dan membawa mesej positif
5. Artis yang mempunyai latar belakang akademik yang boleh dicontohi, serta memenuhi adab sopan sebagai seorang Melayu & muslim.
Sumber: Unit Kerohanian HEP

2 comments:
saya cadang jakers bawa usul utk kuatkuasakan dasar kebudayaan & kesenian utm secara serius.. hntr memorandum kpd nc @ tnc spy lebih serius utk bendung msalah sosial..
boleh selit 1 program..buat perbincangn @ seminar dgn jakers, pmi, iqra`, rkn msjid, jksk, exco kerohanian jkm kolej..duduk 1 meja dan bincang pendirian mahasiswa berkenaan hedonisme di kampus..n buat resolusi@memorandum kpd tnc@ nc untk haramkan program maksiat di univ..pluang ada..gunakan sebaiknya..saya menyokong dari depan, belakang, atas bawah.
syukran atas cadangan yg diberi. Insya'ALLAH akan dibincangkan di kalangan JAKERS.
Post a Comment